Search This Blog

Saturday, March 26, 2011











LIDAH adalah alat komunikasi penting dalam menjalin hubungan mesra antara masyarakat manusia di dunia. Ia juga untuk menyebar ilmu dan banyak lagi manfaat lain. Sebaliknya, lidah boleh jadi bahaya, kerana boleh digunakan untuk memecah belahkan masyarakat, memfitnah, mencaci, mengumpat dan sebagainya.

Justeru, Islam memberi perhatian serius terhadap penjagaan lidah. Peri pentingnya penjagaan lidah itu sehingga Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa diam dia berjaya†(Hadis riwayat al-Tirmizi)

Pada waktu lain Baginda SAW memberi jaminan kepada orang yang sanggup menjaga lidahnya. Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang boleh memberi jaminan kepadaku apa yang ada antara misai dan janggutnya dan apa yang ada antara dua pahanya, aku jamin baginya syurga.†(Hadis riwayat al-Bukhari)

Al-Quran mengingatkan bahawa setiap ucapan yang diucapkan seseorang tidak akan terlepas daripada catatan malaikat-Nya. Allah berfirman yang bermaksud: “Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.†(Surah Qaf, ayat 18)

Antara keburukan lidah ialah bercakap perkara yang tidak berfaedah, tidak baik, mengucapkan kata keji, mencaci, mencarut, menghina, membuka rahsia orang, mengumpat dan perbuatan negatif lain yang tidak sepatutnya.

Mereka yang mengetahui nilai masa serta umur tidak akan membiarkan diri menggunakan lidah untuk berkata perkara tidak mendatangkan faedah, kemarahan orang lain atau menyebabkan perbalahan sesama manusia.

Diriwayatkan bahawa Luqmanul Hakim pernah ditanya: “Apa rahsia kebijaksanaanmu? Jawabnya: Aku tidak bercakap perkara yang tidak memberi faedah kepadaku. Kata Luqman lagi: Diam itu bijaksana, tetapi sedikit pelakunya.â€

Sewajarnya lidah digunakan untuk memberitahu atau mengajak orang lain kepada kebaikan dengan memberi nasihat serta menegur sahabat jika mereka melakukan perkara mungkar supaya segera kembali ke pangkal jalan.

Sebaliknya, mengeji, mencaci dan mencarut adalah perkara yang dilarang Islam dan mereka yang melakukan perkara itu dengan lidahnya wajib bertaubat serta memohon maaf kepada mereka yang disakitinya.

Selain itu, menghina orang lain termasuk keburukan lidah yang patut dijauhi, kerana ia boleh merosakkan hubungan mesra dan harmoni antara anggota masyarakat. Paling buruk tindakan lidah ini dalam konteks Islam ialah mengumpat.

Allah Taala mengumpamakan pengumpat itu sebagai pemakan daging saudaranya yang sudah mati. Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.†(Surah al-Hujurat, ayat 12)

Mengumpat ialah menyebut di belakang saudaramu sesuatu yang tidak disukainya, sama ada kekurangan itu pada fizikalnya, keturunannya, peri lakunya, pakaiannya atau sebagainya.

Berdasarkan pengertian ini, jika kita tidak menjaga betul-betul lidah, maka rata-rata kita tidak terlepas daripada dosa mengumpat. Pada hal dosa itu tidak akan diampun Allah jika tuannya tidak memaafkannya lebih dulu.

Umumnya masyarakat kita kurang memberi perhatian serius terhadap amalan mengumpat yang kesannya akan menyebabkan berlaku pergaduhan, saling tuduh menuduh dan memburukkan orang lain dengan perkara mengaibkan.

Namun, ulama menyenaraikan beberapa kelonggaran yang mengizinkan kita menyebut kekurangan orang lain di belakangnya iaitu tidak dikira dosa. Ia termasuk beberapa keadaan berikut:

  • Apabila seseorang itu dizalimi, maka dia dibolehkan menceritakan kezaliman ke atasnya kepada pihak yang bertanggungjawab;
  • Apabila hendak mendapat fatwa atau mengetahui hukum sesuatu;
  • Apabila ingin memberi peringatan kepada orang lain;
  • Apabila seseorang itu dikenali dengan gelaran itu secara menyeluruh; dan
  • Apabila ia terkenal dengan jahatnya.

Sunday, March 20, 2011

story 1..
salam...
alhamdulilah..smlam ak and kawan2 ke kuala lumpur...
best gler....mcm kteorang buat....
kteorang g berjaya times square...bukan nak bli barang..cuci mata jer...
heheheh...bnyak duit nak shopping...

story 2...
skrang baru tahu dan tahu sape lawan dan kawan....
dua orang sahbat ak yang selama ini ak tak hargai lansung bnyak menbantu ak dalam kesusahan...
sorang tu...dye boleh buat ak gelak dengan lawak spontannye...dye boleh hilangkan kesedihan ak..
dan membuat ak lupe tentang masalah ak...
thanx kwam...i love you...
sorang lagi..
dye selalun menbantu ak dalm kesusahan...tak kire ape jua kesusahan yang ak alami...
i love u too...

story 3...
ak tgh cube memenangi hati seseorang....
tapi dye mcm tak yakin tentang perasaan ak kat dye...
ak betol sayangkan dye..
ak hope dye dapat trime ak seadanya ak...
and ak berdoa kepada allah supaya dikuatkan jodoh kami..
aMIN...kehendakNYA...
Insyallah...

story 4...
hari nie satu hari ak bad mood...entah la knape...
terlalu bnyak masalah dalam kepala ak nie...
rase nak pecah jer....
tapi hepi coz QMT 181 dah siap

Thursday, March 17, 2011

Assalamualaikum..
Mak dan ayh apa khabar..rindu la.iwan harap mak  sentiasa diberkati dan diredhai Allah.iwan ingt lagi pesan mak,mak kata "wan, solat jgn tinggal sbb solat akn bawa kita mati, belajar rajin2".
"ye mak,iwan  ingt pesan mak".
selama kat kuantan ni mmg selalu rindu mak , bukan 2 je, masakan mak pun k.nah rindu.Mak mmg pandai masak dan sedap...
Mak dah banyak korban masa,tenaga,wang dan banyak tak tarhingga, terima kasih mak..adik rindu ma...
adik sayang ma sampai ke akhir hayat adik....

ItS UpDaTE....

UNTUK RENUNGAN KITE...MASYALLAH...

AURAT WANITA DARI FIRMAN ALLAH DAN HADIS-HADIS NABI
1. Bulu kening- Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki)-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.
3. Wangian- "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada- "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 315.
5. Gigi- "Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan Tangan- "Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.
7. Tangan- "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya".
8. Mata- "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.


9. Mulut (suara)- "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.
10. Kemaluan- "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31."Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
11. Pakaian- "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah."Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu."Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.12. Rambut- "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

 

Thursday, March 10, 2011

hello!!!!!....assalamualaikum....
dah lame btol tak update blog nie...hehehe...
     tak ad pape nak tulis...
lagipun sibuk sejak kebelakangan nie...
hahhaha...banyak quiz,test,...
     tapi kecewa dengan markah test..teruk giler..
  
 banyak dugaan yang datang...

ak kehilangan dia...
  selamnya hubungan kami baik2 jer..
tapi disebabkan seorang mamat nie...semuanya berubah...dia tinggalkan ak...
 entah la ape yang dihasut oleh hamba allah tu...
    ak masih syngkan dia....
dah setahun hubungan akn n dia...kenapa harus berakhir dengan begini...kenapa???
ak memang FUCK giler mamat tu...
 dah tak ad orang lain ke dalam dunia nie.....

ak tak pernah jumpe perempuan mcm die...
 arghhhhh...knape jadi mcm nie...
ya allah....selamatkanlah hubungan kami...
  ak harap hubungan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat....

Tuesday, March 1, 2011

asslamualaikum...
pejam celik x2....
tinggal 1 bulan nak final exam....begitu cepat waktu berlalu tanpa kita sedari..ia pergi meninggalkan kite....
semakin berlalu waktu..semakin tua lah usia kite.....dan makin dekatlah kite untuk mengadap yang maha kuasa.
begitu cepat waktu berlalu...

bagi ak...semester dua ckup cepat berlalu...
mgkn krana bnyak test..assgnment...
mngkin kepenatan...waktu berlalu pun dah tak sedar...

ya allah..
ak tak bersedia lagi nak masuk dewan final....
ak belum bersedia lagi...
ak belum pun buat preperation untuk final...
ak mengharapkan ak lulus semua subjek yang ak ambik...
MGT 153,FAR 100,QMT 181,BEL 120,ECO 162,HPD 112,CTU 151...
insyallah...dengan usaha dan doa..seterusnya bertawakal kepada allah..insyallah...

ak tak nak kecewakan ibu ak yang telah bnyak berkorban demi ak...
ya allah tolong ak..hambamu yang lemah lagi hina...
ak akan mencari jalan untuk ak lulus semua subjek ak...
apa sahaja akan ku buat..walaupun ak terpaksa korbankan waktu rehat ak....
ak akan mulakan dari sekarang....ak tak nak ulang kesilapan yang lalu...
tak nak lagi ulang kesilapan yang lalu....
alhamdulilah ak mempunyai kwan2..n...anak yang banyak beri sokongan moral kepada ak...
thanks anak2ku..